firmana_putra@rocketmail.com

Jumat, 25 Januari 2013

Wisata Danau Pinang Desa Buluhcina


    Tuhan ciptakan alam semesta dengan segala keindahannya, salah satunya adalah fanorama alam yang terbesit dalam hutan hujan desa Wisata Alam Buluhcina. Danau pinang adalah salah satu danau dalam kawasan hutan wisata yang ada di Buluhcina, emm, danau yang satu ini sangat indah di pandanganKu dibandingkan danau-danau lain di Buluhcina. Terutama pancaran cahaya yang timbul di setiap helai daun nya, seakan ingin berbicara kepada kita.



Hubungan “MANUSIA”  Dengan  “HUTAN”

Danau Pinang
Masyarakat melayu Kampar memerlukan kayu-kayu dan hutan untuk menddirikan rumah, membuat perabot dan  sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada manusia. Terdapat beberapa sebab dan kepentingan masyarakat melayu dahulu masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha kearah itu, hanya sekedar untuk membina rumah, tetapi apa yang lebih penting dari penerokaan hutan ialah untuk mencari dammar, rotan, buluh serta akar-akar kayu, menangkap ikan dan juga berburu  binatang.
 
"Danau Pinang Luar"
Umumnya tujuan manusia ke hutan pada masa dahulu adalah sekedar memenuhi keperluan  asas sahaja. Usaha mencari dammar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan  cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

"Kuala Danau Pinang"
Selain mencari damar, masyarakat dahulu juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuaqn industry. Rotan perumahan dan alat-alat lain untuk kegunaan umum . buluh juga digunakan untuk membuat bubuh atau luka dan sebagainya. Masyarakat melayu pada zaman dahulu juga kehutan untukmencari petai, jering, atau umbut, keladi dan sebagainya. Kesemua bahan itu menjadi makananke pada manusia.
"Kuala Danau Pinang"
Masyarakat dahulu juga menganggap hutan sebagai puncak untuk mendapatkan bahan-bahan perabotan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperoleh dari hutan rimba tempatan.  Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting bagi manusia untuk keperluan obat.
        Penerokaan manusia di dalam hutan juga dilakukan bagi tujuan menjerat atau memburu binatang. Pelbagai ikhtiar dilakukan manusia untuk memperoleh sesuatu daripada hutan. Dengan kata lain manusia memang tidak dapat mengelakkan dirinya dari pada hutan.  Di dalam meneroka hutan belantara ini, manusia haruslah memunyai pelbagai petua yang patut di patuhi demi menjagakesejahteraan  mereka ketika berada di dalam hutan. 
(Elviriadi. 2011. Lelaki Ocu terakhir. Pekanbaru: CV. Nuansa Karya)

 
 




        

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 

Design By:
SkinCorner